Search This Blog

Tuesday 9 April 2013

Isteri Meleteri suami-Fenomena Masyarakat Hari ini?


“Bang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerja rumah. Baca surat khabar, menghadap televisyen (TV), itu jelah yang awak tahu. Kitakan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga.
“Sekurang-kurangnya, buatlah air kopi sendiri. Bukannya susah pun, tukarkan lampin anak ke, ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti, pot, pet, pot, pet…,” leter Intan kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing.
Kalaulah Intan tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri, sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebih lagi, sekiranya Intan menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya, dia tidak akan merasa susah mahupun penat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.
Dewasa ini, boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain, tidak menghormati suami, bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya.
Apa yang lebih mendukacitakan apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan, menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman. Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak, yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif.
Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan  isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya.” Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumah tangga.
Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. mikraj ke langit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yang kebanyakannya terdiri daripada kaum wanita.
Ali Karramallahu Wajhah berkata: “Aku masuk ke rumah nabi beserta Fatimah, aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan. Aku bertanya, “hai Rasulullah, apa yang membuat anda menangis?” Baginda menjawab, “hai Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada umatku disiksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat.”
Mengherdik
Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya, sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah menyakiti dan menyumpah-nyumpah suaminya. Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupa set sofa dan TN rata 29 inci yang menjadi trend semasa.
Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan.
Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaan Allah. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya.” Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.
Islam juga mengajar isteri agar melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengasuh anak-anak, melayani kehendak suami dan sebagainya dengan penuh rela dan tabah hati. Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja, namun, percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringan dan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad.
Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s.a.w… iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorang suri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah.
Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu tidak menjadi milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya. Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.
Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.
Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: “Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satu pemberian yang akan kuberikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta siang hari tadi?”
Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.
Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya.
Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya, walau seberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi isteri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.
Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekali gus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja.
Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami, jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama meringankan si isteri seadanya. Bukankah Rasulullah s.a.w. telah berpesan supaya para suami berbuat baik kepada isteri mereka. Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula menyusahkan mereka.
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang ertinya:
“Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku.”

Fadhilat dan Kelebihan Surah Al-Ikhlas

·         Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah s.a.w. dan sampaikan perkara itu kepadanya kerana dia menyangka bacaan itu tidak lengkap. Rasulullah s.a.w berkata, “Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!”
 
·         Dari Al-Muwatta’, diriwayatkan oleh Abu Hurairah; Saya sedang berjalan dengan Rasulullah s.a.w, lalu baginda mendengar seseorang membaca surah al-Ikhlas. Baginda berkata, “Wajiblah.” Saya bertanya kepadanya, “Apa ya RasulaLlah?” Baginda menjawab, “Syurga” (Wajiblah syurga bagi si pembaca itu).
 
·         Sabda-Sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca satu pertiga Al-Qur’an” (Hadith Riwayat Ahmad dan An Nasai).
 
·         Dari Abu Hurairah r.a. – Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa membaca ‘Qulhuallah (sehingga akhir ayat), maka seolah-olah dia telah membaca sepertiga Al-Qur’an”. “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-quran seluruhnya”. (Hadith Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy) “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali, Allah SWT membangunkan rumah untuknya di syurga..” (Hadith Riwayat Ahmad dan Muadz bin Aras).
 
·         Dari Ubay Ibn Ka’ab – Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas satu kali, maka Allah SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang yang beriman kepada Allah SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia menganugerahkan kepadanya – dari – pahala seperti pahala syuhada”. Ketika aku (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka aku telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang Sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur ke barat (masyrik ke maghrib) Pada setiap padang Sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut, maka berkata mereka “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini, kami berikan kepada orang yang membaca Surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan” (Riwayat Ibnu Abbas) “Demi Allah yang jiwaku di tanganNya, sesungguhnya ‘Qul Huwallahu Ahad” itu tertulis di sayap malaikan Jibrail A.S., ‘Allahus Somad’ itu tertulis di sayap Mikail A.S., ‘Lam Yalid Walam Yuulad’ tertulis pada sayap Malaikat Izrail A.S. ‘Walam Yakullahu Kufwan Ahad’ tertulis pada sayap Israfil a.s.”
 
Kita dah baca betapa besarnya fadhilat dan kelebihan orang yang membaca Surah Al-Ikhlas ini. Namun, kalau kita sekadar tahu saja perkara ini tetapi tidak amalkan, maka apalah gunanya. Tersangat rugi besar lah diri kita. Jadi, apa tunggu lagi? Marilah kita memperbanyakkan membaca surah ini. Tapi jangan pula kita hanya pulun baca surah ini, sedangkan surah2 lain kita abaikan. Tak bolehlah begitu yer.
Sekian, selamat beramal.

Monday 4 June 2012

Hakikat Sebuah Ujian


Hakikat Sebuah Ujian
Suasana hening di pagi hari menyeliputi Hospital Tengku Rahimah, Klang. Burung-burung terbang bebas dan berkicauan sesuai dengan fitrahnya. Matahari sudah meninggi menyinari alam, sesuai dengan fitrah penciptaannya. Dan segerombolan manusia sudah bersedia memulakan hari baru, sesuai dengan fitrahnya.
Begitu jugalah Umar, urusan penjagaan isterinya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah sudah menjadi rutin seharian baginya. Atas dasar terlalu mencintai isterinya, Umar sanggup mengambil cuti tanpa gaji dan menangguhkan hasratnya seketika menyambung pengajiannya di peringkat doktor falsafah. Semuanya demi isterinya yang tersayang, penguat dikala lemah dan penghibur dikala senang.
Perlahan-perlahan Umar duduk disebelah isterinya, "Masih tidur?" monolog hati Umar. Digapainya Al-Quran kecil disebelah isterinya, dan memulakan bacaan dengan nada yang perlahan bimbang menganggu waktu rehat isterinya. Bait-bait ayat dihayati dan membuatkan air mata Umar menitis tanpa disedari.Tiba-tiba suatu suara yang sangat dikenali menegurnya
"Bang, kenapa abang menangis" tegur isteri Umar sambil mengusap air matanya
"Sayang dah bangun, tak ada apa-apa sayang" jawab Umar sambil memegang tangan zaujah kesayangannya.
"Abang kalau penat baliklah dulu, Mai boleh jaga diri." dilihat mata suami kesayangannya yang sentiasa berada disisinya.
"Abang okay, abang sanggup abang yang sakit dari sayang. Kenapa Allah bagi ujian seberat ini?" keluh Umar sambil air matanya bercucuran. Jiwa Umar tidak tenteram sejak isterinya disahkan menghidap Sirosis,kerosakan hati.

Humairah memandang suami, diusap wajah suaminya "Abang, sepatutnya abang bangga sebab Allah berikan penyakit ini pada Mai. Ini anugerah ujian yang sangat besar dan tanda Allah sayangkan Mai dan Abang." Diambil Tafsir Al-Quran kecil itu dari tangan suaminya, dan diselak setiap helain dan kemudian diberikan semula kepada Umar dan kini mata Umar tertumpu kepada satu ayat:
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [Al-Ankabut: 2-3]


"Abang, kita ini hanya hamba Allah. Ujian ini adalah medan terbaik untuk kita mengumpulkan pahala" tambah Humairah lagi. Semakin deras manik-manik air mata membasahi pipi dan saat itu terlintas di dalam hati Umar: "Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya." [Al-Baqarah: 286]

Kata-kata Humairah sangat memberi kesan kepada dirinya. Humairah Al-Qibtiyah wanita yang dibesarkan dalam kondisi tarbiyah. Dia sangat sayangkan Allah,Rasulnya dan Agamanya. Di dalam apa jua ujian yang mendatang kepadanya, sikap bersangka baik dengan Allah dan sentiasa melihat perkara dari kaca mata tarbiyah menjadikan dia seorang wanita yang sangat disenangi. Kemunculan Humairah dalam Umar, menjadi pelengkap kepada dua hati yang tertaut kerana Allah.

Kesimpulan: Kadangkala kita terlalu memandang berat sebuah ujian yang menimpa tanpa melihat hikmah atau hakikat sebuah ujian. Percayalah, bahawa ujian merupakan tanda kecintaan Allah kepada hambaNya dan beruntunglah sesiapa yang mengetahui hakikat sebenar ujian dalam kehidupan.

Sunday 27 May 2012



cid:image001.jpg@01C69A01.9A6E9120
cid:image003.gif@01CD2ECC.23BE69E0
- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat. 

JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan. 

-JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna 

JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan. 

JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan. 

JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 

JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa. 

JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah. 

JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia. 

JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula. 

JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita. 

JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa. 

JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita. 

JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH. 

JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya. 

JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.


ALLAH lebih tahu. Wallahualam.. Jangan Lupa Share kepada rakan-rakan anda....

Sekian, Terima Kasih.
cid:image002.jpg@01C982C5.7B893E90

Wednesday 23 May 2012

DAIRI SEORANG ISTERI YANG SETIA



 
Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.

"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nihmesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. 
Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruhNisa meneran ..."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu. 

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan 
diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisaselalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi 
semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah 
Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa
Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa
mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang 
tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak 
masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua 
itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa. 
Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung 
anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa 
mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa. 

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri . "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisasemakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu
opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu"marah Zakri. 
"Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh ....heee 
teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. 
"Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan 
perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa 
pada Zakri. 
"Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah 
tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap 
Nisa sambil menangis. 
Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya 
apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. 
Zakri 
bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut 
shif.Kalau 
Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 
malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu 
perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan 
mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian 
kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. 
Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi 
kadangkala 
Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. 
Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. 
Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, 
perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. 
Pernah 
suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit 
pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan 
cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak 
layak 
jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa. 
Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi 
pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka 
tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah 
melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa 
masih 
mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. 
Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan 
menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan 
menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang 
ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi 
ke sanauntuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar 
bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh 
ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. 
Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita 
kahwin 
mereka bekerja keras 
kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang 
berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut 
plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya 
bengis 
memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku 
lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. 
"Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, 
Nisa 
cuma nak ingatkan Abang saja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada 
Nisa 
dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding. 
Nisa 
tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas 
kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya."YA ALLAH 
kau 
kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya 
YA 
ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding 
dan menangis. 
Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas 
masih lagi dan membengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa 
membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak. 
Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok 
je...."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah 
sebuah caf�. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa 
punya 
laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. 
"Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, 
ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. 
"Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus 
hati 
Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah 
dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk 
semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, 
cuba
 
fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. 
"Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah 
berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. 
"Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal 
Zakri, 
sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi. 
Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab 
Zakri. 
"Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang 
segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan 
kecemasan dari Doktor Johari 
"Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I datang"...tuttttttt . Zakri 
menamatkan 
perbualannya dengan Doktor Johari. 
"Lan. Kau ikut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. 
"Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. 
"Alah jom ler cepat" desak Zakri. 
"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak 
yang 
serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause 
sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin 
kesan 
dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. 
Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah 
menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding 
sekuatnya... dan 
selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk 
membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit 
kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan 
Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta 
simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah 
buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... 
"Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu 
Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat 
katanya 
so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya 
dan 
confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang 
kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di 
operation 
sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan 
tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm 
really 
sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata 
Doktor 
Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain 
lampin baby yang masih baru. 
Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap 
lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa 
pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan 
segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya. Dan Zakri dapati 
setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA 
ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca 
tiap 
lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran 
diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering...membuat 
Zakri 
tertarik untuk membacanya.. . 
Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG 
TAHUN 
PERKAHWINAN YANG PERTAMA" 
Assalamualaikum. Abang, Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada 
Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga 
inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar 
menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. 
Abang tak pernah tahu 
kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya
 
Nisa.. 
Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti 
kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila 
Abang 
panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu 
seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang 
dan 
tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? 
Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya 
Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita 
yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa 
tak 
perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih 
sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian 
untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA. 
Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan 
sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah 
hadiah 
paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. 
Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah 
mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa 
melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang 
seorang. 
Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma 
menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah 
Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan 
mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak 
kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan 
dari darah daging Nisa...tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih 
sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa 
memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama 
disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya 
seketika 
sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. 
Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging 
abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun 
kita bersama. 
Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak 
Nisa 
supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama 
emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang 
terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar 
kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata 
orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah 
Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan 
Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati 
walaupun 
Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita. 
Wassalam. 
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua. 
Doakan Nisa. 
Ikhlas dari 
Nur Nisa 

"Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada 
Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa 
maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping 
gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri 
mengambilnya. 
Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT 
NISA 
DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. 
SEMOGA 
KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA 
HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA. 
Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh 
tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap 
perlakuannya 
terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap 
perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini 
jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. 
Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak 
terdaya 
untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. 
Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam 
pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka 
Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir 
seakan-akan 
lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" 
bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta 
penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi 
ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar 
seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh 
Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh 
perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. 

Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada 
neneknya. Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya 
termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi 
biarlah 
kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. 
Amat sedih ketika itu. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan 
menangisi 
pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya 
Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan 
kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa 
yang 
merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan 
...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang 
mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri 
terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium 
tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. 
Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa 
Putih 
bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga 
dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH 
,Zakri,Zakri 
bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat 
sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat 
emak 
dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke 
arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara 
automatik 
kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan 
menjagamu 
nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak 
ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara 
Nisa... 


Hmmm...sedih ke tak? aku dah terasa lain macam jer. Tapi yang pasti email 
ni 
aku takkan delete sampai bila bila. Mana la tau boleh dijadikan peringatan 
suatu hari nanti.